Arkib Berita

 

Pasir Gudang, Johor 10 Mei 2015 (Ahad) – Pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Mei 2015.

Pengurus Kanan Sumber Manusia telah menyampaikan berita pentadbiran mengenai pengisian SKT 2015 dan juga peraturan melaksanakan pekerjaan luar yang perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan.

Tuan Pengurus Besar menekankan berhubung pengisian SKT 2015 perlu diambil tindakan.

Mengenai Amalan 5S, beliau mengatakan tidak mengapa tidak mendapat persijilan, tetapi beliau mahu Amalan 5S tersebut diteruskan dengan berinovasi.

Beliau juga menekankan berhubung dengan “Discussion Pantry” di antara pegawai dan pelaksana. Mungkin dapat membuahkan idea-idea yang boleh dikongsi sama.

Seterusnya Majlis Persaraan bagi Tn. Hj. Ramdhan bin Saian turut diadakan dengan ucapan terakhir daripada beliau dan penyampaian cenderahati daripada Pengurusan LPJ.