Arkib Berita

‘5S’ merupakan salah satu daripada kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun yang bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti, selesa, kemas dan selamat. Di Malaysia, konsep ‘5S’ mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktiskan oleh kebanyakan sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini, ianya mula diamalkan oleh agensi-agensi Perkhidmatan Awam, malah ada dikalangan agensi tersebut telah mendapat persijilan daripada badan/institusi pengiktiraf.

Umumnya, Amalan 5S yang dilaksanakan secara sistematik dan praktikal diyakini dapat memberi kelebihan kepada organisasi terutamanya dari segi kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja; ianya juga berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
Amalan 5S juga berupaya memperkukuhkan kualiti dan produktiviti seterusnya akan meningkat dan menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif. Dengan amalan peningkatan produktiviti dan kualiti yang berterusan ini akan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Adalah diharapkan, pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan berterusan akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Lembaga Pelabuhan Johor