Arkib Berita

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor: Back To School

14 DISEMBER 2015, JOHOR BAHRU :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program “Kembali Ke Sekolah” atau Back to School. Program ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar ini membeli barangan kelengkapan persekolahan sebagai persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun 2016.

Seramai 41 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengahdi kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,kasut, beg dan alat tulis. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan agar dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan khususnya pelajaran mereka.

Selain itu, program ini juga dapat menceriakan dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun hadapan.

csr

HARI MARITIM SEDUNIA 2015, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR PADA 30-31 OKTOBER 2015


30 OKTOBER 2015, Kuala Lumpur – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengikuti pameran sempena sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 atau World Maritime Day 2015 (WMD 2015) di PWTC selama dua (2) hari bersama-sama Johor Port Berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) dan Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd. (TLP). Acara tahunan ini yang bertemakan “Maritime Education and Training” telah dipilih oleh International Maritime Organisation (IMO) sempena WMD 2015. Program ini adalah anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Laut Malaysia dimana Malaysia Shipowners’ Association (MASA) dan Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL) menjadi tuan rumah pada kali ini.
Sebanyak 48 booth pameran daripada pelbagai agensi dan jabatan di dalam industri maritim turut serta dalam menjayakan program ini di mana tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan pendidikan dan latihan maritim di peringkat yang lebih tinggi dalam memastikan modal insan di dalam industri perkapalan memiliki kualiti dan kemahiran yang praktikal dalam kompetensinya. WMD 2015 juga menekankan kepentingan kuantiti dan kualiti latihan dan pendidikan maritim dalam memenuhi keperluan sektor di masa kini serta pada masa hadapan. Justeru itu, pada tahun ini, LPJ bersama-sama JPB, PTP dan TLP telah bergabung sama di bawah nama Malaysia’s Southern Gateways yang mana fungsi LPJ sebagai badan mengawal selia, pemudah cara dan memberikan perkhidmatan perlesenan kepada pengguna pelabuhan di selatan tanah air.
Sambutan WMD 2015 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia pada sebelah petang sebelum mengadakan lawatan ke booth-booth pameran WMD 2015. Di dalam majlis ini, anugerah Best Port Award 2015 telah dianugerahkan kepada Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang diterima oleh Encik Glenn Hilton, Ketua Pegawai Eksekutif PTP. LPJ dengan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada PTP atas pencapaian tersebut.

123

16 NOVEMBER 2015, JOHOR BAHRU – Bersempena dengan Majlis Makan Malam Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) atau lebih dikenali dengan Port Nite LPJ,sambutan ulang tahun LPJ yang ke-40 tahun turut diraikan pada 16 November 2015 di Hotel Renaissance, Johor Bahru. Acara majlis makan malam ini dijadikan acara tahunan di mana objektifnya mengukuhkan hubungan dan kerjasama warga kerja LPJ bersama rakan pelabuhan khususnya.

Majlis Port Nite LPJ ini dihadiri oleh 400 orang yang terdiri daripada warga kerja LPJ, ketua jabatan, pengguna pelabuhan, pengendali pelabuhan dan agensi luar yang bekerjasama dengan LPJ. Acara pemotongan kek dijadikan sebagai simbolik meraikan ulang tahun LPJ. Majlis kali ini turut memberi makna apabila lima (5) Anugerah Prestasi Pelabuhan bagi setiap kategori iaitu Anugerah Best Throughput Performance, Anugerah Best Depot, Anugerah Best Haulage, Anugerah Best Forwarding Agent dan Anugerah Best Private Jetties diberikan dalam bentuk trofi. Anugerah ini adalah julung kali diadakan bagi meraikan pengguna – pengguna pelabuhan yang mencapai prestasi yang terbaik sepanjang tahun 2014.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) & Lembaga Pelabuhan Johor Tanjung Pelepas (LPJTP) serta Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ & LPJ (TP)

 

portnite

Taklimat Import Eksport Bahan Binaan daripada CIDB & SIRIM

Harian Metro 15 Sept 2015.Tiket percuma sempena laluan baru dari TFTB ke Harbour Bay

Berita Harian 22 Sept 2015. PTP Pelabuhan Kontena Paling Sibuk di Malaysia

The Star- 20th October 2015 : Johor Port Authority plans PTP expansion

New Straits Times- 20th October : Three more wharves to be built in PTP

Berita Harian - 20 Oktober 2015 : PTP peruntuk RM5 bilion bina tambahan 3 dermaga

Utusan Malaysia - 20 Oktober 2015 : LPJ belanja RM5b besarkan PTP