Arkib Berita

Pada kali ini, perhimpunan agak sedikit berbeza dari segi masa dan juga agendanya.Pada kebiasaannya perhimpunan bulanan di adakan di sebelah pagi, namun pada hari ini kita adakan di sebelah petang kerana ingin disatukan dengan Majlis Perasmian Sukan Dalam dan juga Majlis Penganugerahan Anugerah Khidmat Cermerlang 2009.

Wargakerja LPJ yang dikasihi sekalian,
Sebentar tadi baru sahaja diumumkan pekerja cemerlang LPJ bagi tahun 2009. Ini bermakna seramai 9 orang lagi wargakerja LPJ telah diberi pengiktirafan dan penghargaan di atas kecermelangan dan kerja keras pegawai tersebut dalam memastikan visi LPJ tercapai.

Sebenarnya panel agak sukar untuk menentukan 9 orang pekerja cemerlang kerana terlalu ramai pekerja yang menunjukkan prestasi yang melebihi tahap cemerlang. Kalau boleh saya nak bagi kepada semua warga kerja- semuanya cemerlang.Namun demikian panel terpaksa memilih 9 orang sahaja kerana pekeliling kerajaan hanya membenarkan 9 orang sahaja.

Oleh itu bagi pekerja yang lain yang mungkin tidak terpilih janganlah putus asa mungkin rezeki anda akan sampai pada tahun-tahun akan datang.Nasihat saya teruskanlah usaha murni anda ini dengan tanpa rasa jemu.

Wargakerja sekalian,
Pada Mac yang lalu saya telah menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam(MAPPA) Kesebelas bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC), Putrajaya.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri Beliau telah menekankan 2 pokok utama dalam pentadbirannya.

Yang pertama ialah beliau mahukan kehidupan rakyar hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. Hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini.
Yang kedua pula ialah beliau ingin mengembalikan semula ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang sihat dan mampan.

Bagi memastikan kedua-dua aspek di atas tercapai beliau telah menggariskan 4 tiang utama iaitu:

  • 1 Malaysia (Rakyat Didahulukan-Pencapaian Diutamakan)
  • Program Transformasi Kerajaan.
  • Moden Ekonomi BAru (MEB) dan
  • Rancangan Malaysia Ke-10

Bagi menyokong 4 tiang di atas maka di gariskan 4 nilai asas sebagai pelengkap iaitu:

  • Membudayakan kretiviti dan inovasi
  • Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
  • Nilai untuk wang atau "Value for Money" dan
  • Nilai Integriti

4 tiang utama dan 4 nilai asas di atas adalah dikenali sebagai 8 tonggak perdana.

Wargakerja LPJ yang dikasihi sekalian,
Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan akan pemakaian polisi WHISTLE BLOWING yang diluluskan dalam mesyuarat BOD pada 29/03/2010.

Mungkin tuan/puan tertanya-tanya apakah itu Whistle Blowing?
Pada dasarnya whistle blowing (Penyampaian Maklumat) merupakan satu konsep yang berkaitan dengan pendedahan kepada penyelewengan, salah laku, amalan yang salah dan tidak sah dari segi peraturan dan undang-undang yang berlaku di dalam Lembaga Pelabuhan Johor(LPJ) dan Lembaga Pelabuhan Johor Tg Pelepas(LPJTP).

Bagi tujuan penjelasan lanjut tentang polisi ini satu taklimat khas akan diadakan di ibu pejabat LPJ dan juga di pejabat TFB dalam masa terdekat ini.

Wargakerja LPJ yang dikasihi sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Sukan Dalaman yang telah menganjurkan acara sukan pada tahun ini. Acara sukan akan bermula pada petang ini 8 April dan dijangka akan berakhir pada 30 April 2010.

Saya difahamkan sukan dalaman LPJ pada kali ini merupakan kali yang ke-6.
Sepertimana biasa ingatan saya kepada semua supaya kita bersukan hendaklah dengan semangat kesokanan dan beriadah. Disamping itu bertujuan mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan Warga LPJ. Kalah dan menang adat pertandingan.
Oleh itu dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim saya merasmikan Sukan Dalaman LPJ kali ke-6 2010.

Wassalam dan salam sejahtera.

 

Majlis Perasmian Sukan Dalaman Lembaga Pelabuhan Johor Kali Ke-6 2010

Majlis perasmian sukan dalaman Lembaga Pelabuhan Johor(LPJ) telah dirasmikan oleh Pengurus Besar LPJ Tuan Nik Aziz bin Nik Hussain pada 9 April 2010. Sukan dalaman LPJ telah dimulakan pada tahun 2004 dan seterusnya telah diadakan setiap tahun sebagai acara tahunan. Program ini melibatkan semua warga LPJ sebagai aktiviti sosial bagi menerapkan semangat kesukanan dan bersukan bagi warga LPJ.

Objektif utama aktiviti ini adalah bagi menggalakkan aktiviti bersukan dan beriadah dikalangan warga kerja LPJ. Ia jugan, bagi membentuk warga kerja yang sihat melalui aktiviti sukan yang mana akan menjana perkembangan idea-idea yang bernas untuk kemajuan organisasi. Di samping dapat memilih warga kerja LPJ yang berpotensi bagi mewakili LPJ di dalam sebarang sukan dan permainan di peringkat luar jabatan dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga kerja LPJ.

Tahun ini pasukan panglima, bendahara, temenggung dan laksamana berasing dalam 15 acara sukan dan satu acara perbarisan. Diharapkan agar warga kerja LPJ dapat memberikan komitmen dalam menjayakan program sukan dalaman LPJ kali ini.

 

Majlis Penganugerahan Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2009

Pada jumaat(9 April 2010) yang lalu, telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2009. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Kamaruzaman bin Munasir. Tujuan penganugerahan ini ialah untuk menghargai dan mengiktiraf kerja keras yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai tersebut sepanjang tahun 2009. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Tuan Nik Aziz Bin Nik Hussain. Berikut adalah senarai nama 9 penerima anugerah tersebut:

  • En. Johan Shah bin Ismail
  • Pn. Norazlin bin Yusop
  • En. Junaidi Baghdadi Mohamed
  • En. Razif bin Ramli
  • En. Hassan bin Abd Hamed
  • En. Mohd Said bin Hassan
  • En. Muhammad Musa bin Deri
  • Pn. Normaliza bte Taib
  • En. Muhammad Rashdan bin Anuar

Semoga dengan penganugerahan anugerah ini dapat dijadikan semangat dan pendorong kepada semua warga kerja LPJ untuk terus berusaha gigih untuk memajukan Lembaga Pelabuhan Johor.