Arkib Berita

Peserta Kontijen Statik LPJ seramai 31 orang warga kerja telah bersiap sedia seawal pagi pada jam 6.00. Pada jam 8.30 pagi, acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Tema Hari Kebangsaan (Perpaduan Teras Kejayaan) dan bacaan ikrar. Nyanyian dipimpin oleh Koir MBJB. Majlis dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor, iaitu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam Johor. Persembahan deklamasi sajak beriringan biola dan persembahan pantomim "Hingga ke titisan Darah Terakhir" oleh PALAPES UTM turut menyerikan majlis sambutan ini.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa LPJ telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Hari Kebangsaan ke-51 ini yang membawa pulang piala beserta wang RM500. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen LPJ. Majlis sambutan ini tamat pada jam 11.00 pagi.

 

Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengurus Besar LPJ 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pelabuhan Johor akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Johor 2009 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 8 & 9 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Raya Masai