Arkib Berita

Latihan kecemasan ini meliputi peranan pasukan ERT bertindak awal ketika keadaan kecemasan seperti menjalankan operasi pemadaman api, menyelamat mangsa dan Operasi mengosongkan bangunan. Semua agensi yang terdapat di TFTB seperti Kastam, Imigresen, Jabatan Pertanian, serta Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar sebagai agensi utama yang bertanggungjawab ketika keadaan kecemasan telah berkerjasama menjayakan latihan ini.

 

Sukan Dalaman LPJ kali ke-5 2009

Seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang sudah, LPJ sekali lagi pada tahun ini telah menganjurkan Sukan Dalaman LPJ Kali Ke-5 2009. Berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini program Sukan Dalaman ini telah berlangsung selama dua (2) minggu bermula dari 16 Mac hingga 1 April 2009.

Pada tahun ini juga menyaksikan rombakan keseluruhan pasukan yang bertanding di mana warga kerja telah melalui proses cabutan undi bagi menentukan pasukan masing-masing. Nama-nama pasukan juga telah diubah kepada Bendahara (Biru), Laksamana (Merah), Panglima (Hijau) dan Temenggong (Kuning).

Sebanyak dua belas (12) acara sukan telah dipertandingkan iaitu Boling, Bola Jaring, Paint Ball, Badminton, Congkak, Ping Pong, Dart, Karom, Bola Tampar, Scrabble, Sepak Takraw dan Futsal.

Majlis perasmian Sukan Dalaman pada kali ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar LPJ, En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain pada 21 Mac 2009 di Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang.

Sukan Dalaman pada kali ini telah menyaksikan pertarungan yang sengit di antara pasukan-pasukan yang bertanding di mana setiap pasukan mempunyai kelebihan pada setiap jenis sukan yang dipertandingkan. Pasukan Panglima (Hijau) telah berjaya muncul sebagai johan keseluruhan bagi edisi baru Sukan Dalaman LPJ Kali Ke-5 ini. Manakala pasukan Bendahara (Biru) telah muncul sebagai naib johan. Selain itu pada edisi kali ini juga telah diperkenalkan anugerah peserta lelaki dan wanita terbaik bagi menilai prestasi keseluruhan atlit yang bertanding.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai johan pada edisi Sukan Dalaman LPJ kali ini.