Arkib Berita

OGOS 2009

Sambutan Hari Kebangsaan ke-51

Bersempena Hari Kebangsaan ke-51, LPJ telah menyertai kontijen statik Jabatan atau Badan Berkanun peringkat daerah Johor Bahru. Selain jabatan kerajaan/badan berkanun, pasukan beruniform sekolah rendah dan menengah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik, syarikat-syarikat swasta, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk kelab-kelab kereta dan motosikal berkuasa besar turut menyertai program sambutan ini.

MEI 2009

Teks Ucapan Pengurus Besar LPJ Pada Perhimpunan Bulanan Mei 2009

Assalamualaikum W.B.T…. dan Salam Sejahtera. Yang berbahagia En. Tay Kim Chai, Yang Berusaha Puan Siti Noraishah Azizan, Selaku Pengerusi Program Sukan Dalaman LPJ, Yang Dihormati, En. Damon Nori (PPB Operasi & Kawalselia), En. Khalid Bin Haji Selamat (PBB Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan Kepada seluruh wargakerja Lembaga Pelabuhan Johor sekelian.

APRIL 2009

Kursus Kecemasan ERT

Kursus ini telah diadakan pada 14 hingga 16 April 2009 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor. Ia diadakan di Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Bandar Penawar Kota Tinggi. Tujuan utama kursus dan latihan ini dilaksanakan adalah untuk membentuk satu pasukan tindakan kecemasan yang dikenali sebagai pasukan ERT (Emergency Response Team). Di akhir siri kursus ini, satu latihan kecemasan di TFTB telah dilaksanakan bagi menilai tahap kesediaan peserta kursus. Selain itu, melalui latihan ini, ia membantu mengenalpasti koordinasi bersama jabatan kerajaan dan agensi lain ketika kecemasan sebenar.

MAC 2009

Lawatan ke Port of Antwerp

Encik Khalid Bin Hj. Selamat , Penolong Pengurus Besar LPJ telah menjalani kursus Port Logistics di Port of Antwerp, APAC-Flanders Port Training Institute selama 2 minggu dari 1 hb Mac hingga 14hb Mac 2009. Kursus seminar ini adalah berkaitan Logistik Pelabuhan, Warehousing, Value Added Activity, Distribution dan Multi Modal bagi meningkatkan daya saing Pelabuhan- Pelabuhan di Johor.

FEBRUARI 2009

Perjanjian Tambahan Penswastaan (Pelabuhan Tanjung Pelepas) Dan Perjanjian Tambahan Pajakan (Pelabuhan Tanjung Pelepas) antara Kementerian Pengangkutan (MOT), Lembaga Pelabuhan Johor dan Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd.

Pada 10 Februari 2009 bertempat di Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Klang, satu perjanjian Tambahan Penswastaan Dan Perjanjian Tambahan Pajakan Pelabuhan Tg. Pelepas telah ditandatangani oleh pihak Kerajaan Malaysia (LPJ) dengan Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd.

JANUARI 2009

Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan LPJ

Pada 9 Januari 2008 Jam 9.00 pagi telah berlangsung satu majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang Johor. Penganugerahan ini melibatkan seorang Sab Inspektor dan 8 orang Lans Koperal yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman dan memberi perkhidmatan cemerlang serta lulus dalam ujian atau peperiksaan yang disyaratkan oleh jabatan. Penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ iaitu Tuan Hj. Zulfakar Bin Rahmat dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitanga LPJ.