Arkib Berita

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada 3 April jam 8.00 malam pula ahli mesyuarat yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan malam di River Cruise – Sungai Sarawak disamping persembahan tarian kebudayaan yang menjadi kebanggaan Negeri Sarawak.

Bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli, satu perlawanan bowling persahabatan telah diadakan di Ampang Superbowl, Kuching. Semua ahli mesyuarat berpuashati dengan program yang diatur oleh urusetia pada kali ini dan berharap program sedemikian akan diadakan pada masa-masa akan datang.

 

Majlis Makan Malam Perpisahan Mantan Pengurus Besar LPJ, Tn Hj Zulfakar Rahmat

Majlis makan malam perpisahan mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Bin Rahmat telah diadakan di Asiana Restaurant, Teluk Danga pada Isnin 7 April 2008. Majlis yang diadakan bagi meraikan persaraan wajib Tn. Hj. Zulfakar Rahmat sebagai penjawat awam ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor.

Dalam majlis ini beliau telah sudi memberikan ucapan dan amanat terakhir beliau kepada warga kerja yang hadir supaya menyemai budaya kerja cemerlang dan meneruskan fungsi dan peranan LPJ sebagai badan kawal selia yang berkesan. Majlis pada malam itu juga turut diserikan lagi dengan acara memotong kek sebagai tanda ulang tahun kelahiran beliau dan digamatkan lagi dengan sesi karaoke bersama hadirin.

Kepada mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Rahmat, seluruh warga kerja LPJ mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.

 

Majlis Terima Tugas Pengurus Besar LPJ Yang Baru En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain

Majlis terima tugas Pengurus Besar LPJ yang baru, En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain telah diadakan pada Rabu, 9 April 2008 bertempat di Bilik Anjung Bahtera.

Majlis yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan LPJ ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ASP Tn. Hj, Ramdhan Bin Saian yang kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh PPB Khidmat Pengurusan dan Kewangan, En. Khalid Bin Hj. Selamat kepada Pengurus Besar yang baru. Dalam majlis ini juga, Pengurus Besar telah memberikan ucapan sulung beliau kepada kakitangan LPJ yang mana beliau berharap semua kakitangan memberikan kerjasama kepada beliau dalam memikul amanah sebagai Pengurus Besar di LPJ.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara menandatangani nota serah tugas oleh En. Khalid Bin Hj. Selamat dan disusuli pula dengan Pengurus Besar menandatanganinya sebagai secara rasmi menerima tugas sebagai Pengurus Besar LPJ.