Arkib Berita

NOVEMBER 2008

Sambutan Hari Keluarga

Sambutan Hari Keluarga LPJ 2008 kali ini telah diadakan pada 28 hingga 30 November 2008 di Legend Resort, Cherating, Pahang. Program anjuran pihak Pengurusan ini merupakan salah satu acara tahunan LPJ di mana ia bertujuan meraikan kakitangan LPJ sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim antara warga kerja dan keluarga.

MEI 2008

Lawatan Kerja Pegawai LPJ ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA), Kedah, pada hari Selasa, 6 Mei 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Khidmat Pengurusan & Kewangan iaitu En. Khalid Hj. Selamat serta diiringi 4 orang pegawai dari unit Pentadbiran dan Teknologi Maklumat serta seorang wakil daripada SAPURA.

APRIL 2008

Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke-7, Penggal ke-4 Sesi 2005-2007

Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke – 7 telah diadakan di Lembaga Pelabuhan Kuching pada 3 hingga 5 April 2008. Antara program yang diadakan selain daripada mesyuarat tersebut adalah seperti taklimat Domestic Inquiry – Prosedur and Praktical, Taklimat prosedur peruntukan Tabung Wang JPK (MLVK), Taklimat Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959, dan taklimat ‘Performance Audit Port Security’

MAC 2008

Kejohanan Tenpin Boling Antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl, Pelangi, Johor pada 2 Mac 2008 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulfakar Bin Rahmat, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Kejohanan Tempin Boling ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Untuk meraikan para tetamu dan peserta yang hadir, satu Majlis Makan Malam dan juga Majlis Perasmian telah diadakan di Hotel The Zon Johor Bahru pada 1 Mac 2008. Majlis makan malam ini telah berjalan dengan begitu meriah sekali ditambah lagi dengan persembahan-persenbahan tradisional oleh kanak-kanak dari Yayasan Johor.

FEBRUARI 2008

Lawatan Kerja Pegawai Lembaga Pelabuhan Johor ke Jabatan Perancangan, Lembaga Pelabuhan Klang

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jabatan Perancangan, Lembaga Pelabuhan Klang pada Jumaat, 15 Februari 2008. Lawatan kerja ini telah disertai oleh tujuh (7) orang pegawai Lembaga Pelabuhan Johor dengan disertai oleh tiga (3) pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara.

JANUARI 2008

Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan LPJ

Pada 9 Januari 2008 Jam 9.00 pagi telah berlangsung satu majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang Johor.