Arkib Berita

 

Delegasi LPJ disambut oleh Pengerusi dan Pengurus Besar SPPP, YBhg Dato’ Dr. Loh Hock Hun dan YBhg. Dato' Captain Haji Abdul Rahim Abd Aziz. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi PPSB, Encik Mohd. Naina Merican Ab. Kadir Merican. Delegasi diberi taklimat ringkas sebelum dibawa meninjau kawasan operasi Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) melalui menara kawalan. Rombongan kemudiannya dibawa menaiki feri menuju ke marina yang baru beroperasi, Tanjung City Marina.