Arkib Berita

JANUARI 2007

Lawatan Lembaga Pengarah ke Suruhanjaya Pulau Pinang

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR membuka tirai tahun baru 2007 dengan mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang telah diadakan pada 08 Januari 07 .Lawatan diketuai oleh Pengerusi LPJ , YB Haji Abdul Halim Bin Suleiman dan disertai oleh Lembaga Pengarah serta pegawai-pegawai kanan LPJ. Antara lain, lawatan bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat di antara pelabuhan selain berkongsi maklumat berkenaan dengan industri pelabuhan.