Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Kenyataan Media: Lembaga Pelabuhan Johor Dianugerah Pensijilan '1-Star Energy Management Gold Standard' (EMGS) Di Bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMS)
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Kuala Lumpur, 17 Mei 2022 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan pencapaian 1-Star Energy Management Gold Standard (EMGS) dalam Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang telah berlangsung pada 17 Mei 2022 di Hotel EQ, Equatorial Plaza, Kuala Lumpur.  Majlis anugerah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan Tuan Kamaruzaman bin Munasir, Pengurus Besar LPJ menerima anugerah tersebut.  Majlis bagi meraikan organisasi-organisasi yang telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari berdasarkan kriteria EMGS ini, turut dihadiri oleh Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta terutamanya Institusi Kesihatan dan Pengajian Tinggi yang turut diberi penganugerahan di dalam majlis ini.

Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC berkata, “Pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari di sesebuah organisasi adalah penting bagi meningkatkan kesedaran tentang sumber asli yang terhad dan mendorong organisasi untuk terus menggunakan tenaga dengan cekap dan menangani masalah perubahan iklim”.

Pensijilan EMGS merupakan pensijilan serantau yang diberikan kepada organisasi-organisasi yang telah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari di organisasi masing-masing dan telah disahkan memenuhi kriteria EMGS oleh barisan penilai AEMAS.  Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) telah dilantik oleh ASEAN Centre for Energy (ACE) sebagai badan pensijilan untuk EMGS di Malaysia.

Untuk mencapai pensijilan 1-Star, sesebuah organisasi mesti melantik sekurang-kurangnya seorang Pengurus Tenaga yang diiktiraf oleh AEMAS, mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Tenaga di peringkat organisasi dan melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari berdasarkan tujuh (7) kriteria EMGS yang menekankan aspek pengurusan tenaga iaitu Pengurusan, Organisasi, Proses, Informasi, Kewangan, Tanggungjawab Korporat dan Pencapaian.

MGTC memaklumkan bahawa LPJ telah layak dianugerahkan 1-Star dalam program ini dengan fokus dan komitmen dalam menguruskan tenaga di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor. 

LPJ, sebagai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), telah menyokong program AEMAS khususnya pensijilan EMGS melalui penglibatan oleh ibu pejabat LPJ.  LPJ komited untuk meneruskan kecemerlangan pengurusan tenaga ini dengan memperoleh pencapaian 2-Star dan 3-Star EMGS di masa hadapan selaras dengan Teras Kelestarian yang digariskan di dalam Pelan Strategik LPJ 2025.  Ibu Pejabat LPJ merupakan satu-satunya bangunan di antara Pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia yang mendapat pengiktirafan ini.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image