Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Iklan Jawatan Kosong : Eksekutif Gred PP6 berpenempatan di Unit SHE, Operasi & Trafik
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

iklan she

 

  1. SYARAT PERMOHONAN :

Calon hendaklah memenuhi kelayakan berikut :-

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun daripada tarikh tutup iklan; dan
  • Bebas daripada sebarang rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, tuduhan rasuah (SPRM), keberhutangan serius, muflis dan tindakan tatatertib; dan
  • Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  • Perakuan pemeriksaan kesihatan melalui Laporan perubatan Klinik/Hospital dari panel LPJ.
  1. SYARAT LANTIKAN :
  • Memiliki Diploma dalam Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau luar negara; dan
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  1. RINGKASAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB :

Melaksanakan fungsi pengawalseliaan berkaitan pengurusan keselamatan kesihatan pekerjaan dan alam sekitar dari aspek pengurusan operasi pelabuhan, pengurusan kargo berbahaya, pengurusan kebombaan dan inisiatif hijau dan rendah karbon di pelabuhan dan jeti persendirian seperti yang dinyatakan di dalam arahan, standard dan sasaran yang telah ditetapkan.

 

 

  1. CARA MEMOHON :
  • Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Pelabuhan Johor (http://www.lpj.gov.my).
  • Borang permohonan yang lengkap perlu di sertakan bersama-sama dokumen berikut:
  • Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai;
    1. Maklumat peribadi,
    2. Kelayakan akademik/ kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)
  • iii. Pengalaman kerja
  1. Jangkaan gaji
  2. Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport; dan
  • Salinan Sijil Kelahiran & Salinan Kad Pengenalan; dan
  • Semua salinan sijil-sijil yang disertakan perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional yang berkelayakan ; dan
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan terkini.

(c)     Borang permohonan dan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.

Borang yang lengkap diisi dan dokumen terlibat dengan permohonan hendaklah dihantar kepada:

 

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

JALAN MAWAR MERAH 2,

PUSAT PERDAGANGAN 2,

81700 PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TA’ZIM

(U.P : Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

Tel: 07-2534000

 

MAKLUMAT TEMU DUGA :

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.  Calon yang di senarai pendek untuk menghadiri temu duga dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan MQA kelayakan melalui : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh temu duga, adalah dianggap tidak berjaya.           

Tarikh Tutup Permohonan   : 11 Mac 2024 (Isnin)

 

i.  Borang Permohonan Jawatan Kosong

ii. Borang Pemeriksaan Kesihatan

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image