Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

KENYATAAN MEDIA PROGRAM MANGROVE CARE 2023
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Lembaga Pelabuhan Johor melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LPJ CARES telah menanam 2,000 pokok bakau di Taman Negara Tg. Piai, Pontian, Johor pada hari ini.  Inisiatif ini merupakan usaha Lembaga Pelabuhan Johor ke arah matlamat “Decarbonization” dengan memastikan kelestarian alam sekitar terus terjaga.  Inisiatif ini juga merupakan salah satu program yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Lestari / Mampan (SDG) yang terdiri daripada 17 matlamat yang telah dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 untuk dicapai pada 2023, sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi.

Program Mangrove Care 2023 dengan usaha sama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd berhasrat menanam dan memantau 160,000 pokok bakau di kawasan tersebut selama 5 tahun dalam memastikan ekosistem alam sekitar terpelihara.  Memorandum persefahaman (MOU) di antara Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Taman Negara Johor Tanjung Piai telah termeterai pada Februari 2023 yang lalu sebagai usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Program hari ini melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada Lembaga Pelabuhan Johor, operator-operator pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Johor Port Berhad serta persatuan pengguna pelabuhan seperti Federation of Malaysian Manufactures (FMM),  Johor Port Shipping & Forwarding Assosiation (JPSFA), Johor Freight Forworders Association (JOFFA), Malaysian International Chamber of Commerce Industries (MICCI).  Tidak ketinggalan juga wakil-wakil dari CMA-CGM Malaysia Sdn Bhd, Grisek Jaya Sdn Bhd, Belungkor Services Sdn Bhd, OPL Marine Slip Way & Engineering Sdn Bhd, Berjaya Waterfront Sdn Bhd dan ATT Tg. Bin turut menyertai program pada hari ini.  Manakala agensi kerajaan yang turut terlibat adalah Jabatan Laut Malaysia (PTP) dan juga KASTAM DiRaja Malaysia (PTP). 

Lembaga Pelabuhan Johor menyokong MOU yang telah ditandatangi oleh pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Taman Negara Johor Tanjung Piai dengan melaksanakan program penanaman bakau secara berperingkat sehingga tahun 2027.  Sejak Februari 2023, program Mangrove Cares ini telah berjaya menanam sejumlah hampir 9000 anak pokok dan menyemai sebanyak hampir 8500 benih.  Bagi pihak LPJ sendiri, sebanyak 1000 anak pokok telah ditanam melalui 5 kumpulan pegawai dan kakitangan LPJ.  Mengikut perancangan, program ini akan melibatkan 100 sesi penanaman bagi menyokong sasaran sebanyak 160,000 pokok sepertimana di dalam MOU.  

Tarikh perasmian Program Mangove Care 2023 ini diambil bersempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa yang disambut pada 26 Julai setiap tahun.  Sambutan ini telah diisytiharkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut termasuk kawasan pesisiran pantai bagi memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan masyarakat sejagat.

 

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

7 OGOS 2023

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image