Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

ASEAN ENERGY AWARDS 2022 (AEA 2022)
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Phnom Penh, 15 September 2022 – Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah diiktiraf dan dianugerahkan Naib Johan dalam ASEAN Energy Awards 2022 (AEA 2022) di bawah kategori Tropical Building yang diumumkan oleh Encik Mohammad Nizam Haji Ismi, Pengarah, Bahagian Perundangan dan Pematuhan Tenaga, Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.  Majlis Anugerah AEA 2022 diadakan secara maya sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-40.

AEA bertujuan untuk menggalakkan kesedaran tentang amalan terbaik dalam kecekapan dan pemuliharaan tenaga dalam bangunan, industri, dan pengurusan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan teknologi arang batu dan arang batu bersih.  Justeru, LPJ akan memastikan Bangunan LPJ terus melaksanakan amalan terbaik dalam kecekapan dan pemuliharaan tenaga untuk kelestarian tenaga dan alam sekitar.

Dengan pengiktirafan ini, LPJ akan memberi inspirasi dan menggalakkan pengendali dan pengguna pelabuhan untuk mengambil bahagian dalam mempromosikan peralihan tenaga bersih, daya tahan dan teknologi kemampanan.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image