Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

KENYATAAN MEDIA : LPJ Menyerahkan Cek LPJ CARES Kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

KENYATAAN MEDIA

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

 

LPJ MENYERAHKAN CEK LPJ C.A.R.E.S

KEPADA YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR

 

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di bawah program LPJ C.A.R.E.S menyerahkan cek berjumlah RM 100,000.00 kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi membantu dan menyokong program-program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh YSIJ. Program Tanggungjawab Sosial (CSR) ini merupakan kesinambungan program-program CSR yang telah diadakan sebelum ini selaras dengan komitmen LPJ dalam membantu masyarakat setempat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di daerah-daerah negeri Johor.

Majlis serahan cek telah di adakan pada 25 Oktober 2021 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat LPJ Pasir Gudang, Johor. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ dengan menyerahkan replika cek bernilai RM100,000.00 kepada Yang Berhormat Dato’ Avinderjit Singh, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Sultan Ibrahim Johor. Antara lain turut hadir Encik Kamaruzaman Bin Hj. Munasir, Pengurus Besar LPJ, Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman dan Ybrs. Encik Tang Nai Soon, Ahli Lembaga Pengarah LPJ serta Encik Fadhly Suffian bin Laili, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan beberapa orang pegawai kanan daripada LPJ dan YSIJ.

LPJ berharap dengan inisiatif ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban kepada keluarga yang terkesan dan individu yang kehilangan punca pendapatan akibat COVID-19 yang melanda negara. Ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan bantuan pihak LPJ terhadap program-program CSR yang dijalankan melalui pihak YSIJ.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image