Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

KENYATAAN MEDIA : 1000 Keluarga Terjejas Terima Barangan Keperluan Dapur Daripada YB Menteri Pengangkutan Dengan Kerjasama LPJ
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

KENYATAAN MEDIA

 

1000 KELUARGA TERJEJAS TERIMA BARANGAN KEPERLUAN DAPUR

 DARIPADA YB MENTERI PENGANGKUTAN DENGAN KERJASAMA LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

 

9 Oktober 2021, Ayer Hitam - Seramai lebih kurang 1000 buah keluarga di sekitar Parlimen Ayer Hitam, Johor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 telah menerima kotak makanan berupa barang-barang keperluan dapur seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak dan lain-lain melalui satu program bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ).

MOT dengan kerjasama LPJ di bawah program LPJ C.A.R.E.S telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bagi membantu golongan yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan. Program ini juga merupakan antara inisiatif kerajaan menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membantu rakyat yang terkesan melalui pelbagai alternatif.

Majlis penyerahan sumbangan bungkusan keperluan dapur tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi LPJ, Tuan Haji Rosnan Bin Fathlal kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam. Turut mengiringi, Pengurus Besar LPJ, Encik Kamaruzaman Bin Haji Munasir dan beberapa orang pegawai kanan kementerian. YB Menteri juga turut 

menyampaikan sumbangan bungkusan barangan keperluan dapur kepada penunggang-penunggang p-hailing yang terjejas di kawasan tersebut.

Umum mengetahui bahawa penularan pandemik COVID-19 ini telah mengakibatkan ramai individu, pekerja dan perniagaan yang terjejas. Sebelum ini, sumbangan sebegini juga telah dilaksanakan oleh YB Menteri Pengangkutan beberapa kali bagi memastikan kesinambungan bantuan tersebut mencukupi dan dapat dimanfaatkan kepada golongan yang terkesan. Justeru itu, LPJ juga terpanggil melalui tanggungjawab sosial LPJ C.A.R.E.S untuk mengambil bahagian membantu dan bekerjasama bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta memperkasa kesejahteraan masyarakat dan golongan yang terjejas tanpa mengira agama dan bangsa.

 

-TAMAT-

 

 

Mengenai Lembaga Pelabuhan Johor:

 

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) adalah sebuah badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963 dan melaporkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). LPJ berfungsi dalam mengawal selia pelabuhan yang dipertanggungjawabkan dan memudah cara operasi pelabuhan bagi memastikan operasi di pelabuhan berjalan dengan lancar, memudah cara perdagangan di dalam pelabuhan dan melesenkan aktiviti - aktiviti yang berkaitan dengan maritim.

Malaysia’s Southern Gateways ialah motto yang digunakan bagi mempromosikan Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pelabuhan-pelabuhan ini merupakan hab maritim yang menghubungkan kawasan Selatan Malaysia ke rangkaian jaringan global perniagaan antarabangsa.

 

 

Pertanyaan Media

Rafidah Mohd Ali

Pengurus Kanan

Unit Khidmat Korporat

Lembaga Pelabuhan Johor

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan Pasir Gudang 2,

81700 Pasir Gudang, Johor

+607-2574000 (samb.4078) / +6019 – 7115444 (HP)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image