Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ RAI DAN KONGSI KECERIAAN AIDILFITRI BERSAMA-SAMA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

6 MEI 2021, PASIR GUDANG – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah melaksanakan Program ‘Santunan Aidilfitri 2021’. Program ini bertujuan untuk meraikan golongan kurang berkemampuan termasuk anak –anak yatim, ibu tunggal dan asnaf. Seramai 100 orang telah menerima manfaat daripada program yang merupakan bantuan berjumlah RM15,000.00 yang terdiri daripada bekalan makanan dan wang tunai.

Pengagihan telah dilaksanakan oleh sukarelawan LPJ di lokasi yang ditetapkan. Turut hadir Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurus Besar LPJ Encik Kamaruzaman Hj. Munasir bagi menyempurnakan pengagihan barangan kepada beberapa buah rumah penduduk di Taman Air Biru, Kg Desa Bakti, Seri Alam dan Kg Masjid Bandar Masai.

Semoga dengan usaha ini, dapat mengurangkan beban dan menambahkan lagi keceriaan golongan ini dalam menyambut kehadiran Aidilfitri.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image