Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Polisi Antirasuah LPJ dengan rasminya telah dilancarkan oleh Tuan Pengurus Besar, Encik Muhammad Razif Bin Ahmad pada tarikh 17 November 2020.
Selain menandatangani Polisi Antirasuah LPJ, Tuan Pengurus Besar juga telah menyerahkan buku OACP kepada Penolong-penolong Pengurus Besar iaitu dari Bahagian operasi & Kawalselia, Bahagian Khidmat Koporat & Pembangunan, Bahagian khidmat Pengurusan & Kewangan serta Naib Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang mewakili pihak wargakerja.
Penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan Polisi Antirasuah LPJ ini adalah langkah tepat selaras dengan pelan Anti Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023 dalam membuktikan kepada masyarakat bahawa integriti, etika dan nilai moral adalah budaya penyampaian perkhidmatan warga LPJ.
Adalah diharapkan, OACP dan Polisi Antirasuah ini menjadi elemen penting kepada LPJ dalam menyampaikan perkhidmatan yang baik dan berintegriti.