tarif

Tarif Pelabuhan

Senarai Kargo Bahaya

Pasang Surut

Terminal Feri

 

Pelabuhan Johor

Pelabuhan
Tanjung Pelepas

Peta Lokasi LPJ

Hubungi Kami

Hantar laporan SMS

ke 019.725.4000

Kalendar Aktiviti LPJ

March 2010
S M T W T F S
28 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

jawatan kosong
sewa
tender
sebut harga
sebut harga

Pendapat Anda Tentang Web LPJ ini :
 

http://www.malaysia.gov.my/EN/Pages/default.aspx
http://www.mot.gov.my/
http://www.1malaysia.com.my/ http://www.mscmalaysia.my

Jumlah Pelawat

Kemaskini Terkini

12-03-2010.
Berita

Muat Turun

muat_turun Himpunan pelbagai jenis borang untuk dimuat turun.

Video & Lagu

video_korporat lagu_lpj

Log Masuk

Perutusan Pengurus Besar LPJ

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat Laman Web LPJ. Saya berharap maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini dapat membantu pelawat untuk mengenali LPJ serta mengetahui perkembangan pelabuhan-pelabuhan dibawah seliaan LPJ. Kami merancang untuk menjadikan laman web kami sebagai saluran utama penyampaian maklumat dan kami mengalu-alukan cadangan bagi penambahbaikkan laman web ini agar dapat dimanfaat bagi semua pelawat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman web LPJ.

NIK AZIZ BIN NIK HUSSAIN
Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Johor

Berita & Pengumuman

Cetak PDF

NOTIS PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada semua yang terlibat, Borang Pendaftaran Agent (Notis) akan dikeluarkan bermula pada hari isnin 15 Mac 2010. Harap maklum. Selanjutnya...


Iklan Sebut Harga

Cadangan Bagi Kerja-Kerja Merekabentuk,Membina Dan Menyiapkan Sebuah Balairaya Di Kuarters Lembaga Pelabuhan Johor Di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

TARIKH TUTUP BAGI PROSES PEMBELIAN SEBUTHARGA DI ATAS ADALAH PADA 16 MAC 2010


Perutusan Pengurus Besar LPJ Perhimpunan Bulan Januari

Amanat Pengurus Besar LPJ kepada Warga Kerja pada perhimpunan bulan Januari... Selanjutnya


Prestasi Piagam Pelanggan

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Lembaga Pelabuhan Johor Bagi Bulan Januari hingga Jun 2009


Pendaftaran Pembekalan

Semua pembekal Bumiputera dan Bukan Bumiputera  yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan adalah dipelawa untuk mendaftar di Lembaga Pelabuhan Johor. Sila dapatkan borang pendaftaran di laman web atau hadir sendiri ke ibu pejabat LPJ di alamat no 4A1-8A1 Pusat Perdagangan Pasir Gudang, 81700, Pasir Gudang........ Muat Turun


Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia

kes-1 Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM (APAC) ke-21 / 2009 telah berlangsung pada 2hb hingga 4hb Disember 2009 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru......... Selanjutnya

 

 

Selamat Datang

_MG_0209_MG_0223
_MG_0011_MG_0016
 *Pemandangan di Pelabuhan Johor & Pelabuhan Tg Pelepas

    

 

Arkib 2009

 

Read More


Januari

Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan LPJ  

Pada 9 Januari 2008 Jam 9.00 pagi telah berlangsung satu majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang Johor. Penganugerahan ini melibatkan seorang Sab Inspektor dan 8 orang Lans Koperal yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman dan memberi perkhidmatan cemerlang serta lulus dalam ujian atau peperiksaan yang disyaratkan oleh jabatan. Penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ iaitu Tuan Hj. Zulfakar Bin Rahmat dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitanga LPJ.

atas

 


Amanat Tuan Pengurus Besar LPJ Kepada Warga Kerja LPJ Untuk Tahun 2009

Assalamulaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua warga kerja LPJ.    

Selamat menyambut Tahun Baru 2009.  Bagi memulakan tahun 2009 ini saya telah meletakkan 10 resolusi bagi panduan saya dan juga warga kerja sekalian agar kita dapat sama-sama menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.  

  1. Sentiasa Meningkatkan kecekapan (increase efficiency) – disemua peringkat pegawai/kakitangan
  2. Menyampaikan Idea yang kreatif dan inovatif
  3. Menekankan hasil kerja dan membuat keputusan
  4. Memahami nilai perbelanjaan/wang yang keluarkan (value of money)
  5. Menggunakan keupayaan berfikir (thinking capabilities) dengan mempunyai idea-idea baru dalam mempastikan perbelanjaan yang dilakukan ada hasil/berfaedah.
  6. Memastikan kita mencapai sasaran/matlamat yang sama dengan perbelanjaan yang kurang.
  7. Tidak ada penamat dalam mencapai kecemerlangan ( no full stop to achieving excellence)
  8. Kualiti adalah suatu perjalanan dan bukannya destinasi (Quality is a journey – not a destination)
  9. Pengurusan atasan perlu menunjukkan tauladan yang baik dan sentiasa berazam meningkatkan kualiti kerja 
  10.   Kualiti bermula dari atas (kepimpinan melalui tauladan).  

Dengan adanya resolusi ini, saya berharap kita akan dapat bekerja dalam satu pasukan dan komited dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

 Sekian, wassalam

 atas

 


Gaza Oh Gaza

Pada 16 Januari 2009, LPJ telah mengadakan satu siri penerangan berkenaan dengan Isu Gaza bertempat di Bilik Anjung Bahtera, LPJ bermula pada pukul 3.00 petang. Program ini merupakan salah satu daripada siri penerangan yang dikelolakan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM) Johor di bawah naungan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Negeri johor. 

Penerangan mengenai isu Gaza ini telah d isampaikan oleh Yang Dipertua JIM Negeri Johor iaitu Ustaz Ainullotfi bin Abdul Latif. Program ini bertujuan menerangkan kepada semua warga kerja situasi sebenar masyarakat Palestin sekaligus memberi kesedaran kepada warga kerja tentang penderitaan yang dilalui masyarakat di sana.  

Selepas penyampaian isu Gaza  dan sesi soal jawab, Penolong pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Encik Khalid bin Hj Selamat telah menyerahkan kutipan sumbangan berjumlah RM871.00 hasil kutipan dikalangan staf LPJ untuk Tabung Dana Palestin. Namun begitu, kutipan sumbangan tersebut akan diteruskan lagi dan akan diserahkan ke Tabung Dana Gaza kemudian.  Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga LPJ dan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancangkan. Program ini berakhir pada pukul 5.00 petang.  


 

Febuari

Perjanjian Tambahan Penswastaan (Pelabuhan Tanjung Pelepas) Dan Perjanjian Tambahan Pajakan (Pelabuhan Tanjung Pelepas) antara Kementerian Pengangkutan (MOT), Lembaga Pelabuhan Johor dan Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd.

 Pada 10  Februari 2009 bertempat di Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Klang, satu perjanjian Tambahan  Penswastaan Dan Perjanjian Tambahan  Pajakan Pelabuhan Tg. Pelepas telah ditandatangani oleh pihak  Kerajaan Malaysia (LPJ) dengan Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd.  

Perjanjian tersebut di tandatangani berdasarkan keputusan kerajaan bertarikh 19 Disember 2008, di mana pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meminda beberapa terma dan syarat perjanjian Penswastaan Pelabuhan Tg. Pelepas. Pindaan adalah seperti berikut:-
  1. bayaran pampasan jika berlaku  expropriation dikira mengikut fair market value berdasarkan kepada discounted cashflow;  
  2. pusat timbang tara di tukar daripada Kuala Lumpur Regional Centre For Arbitration kepada London Maritime Arbitrator’s Association;  
  3. kadar sewa pajakan dari tahun 2000 hingga 2004 di tetapkan pada kadar RM2 juta setahun, dari tahun 2005 hingga 2009 sebanyak RM10 juta setahun dengan kenaikan sebanyak 10% setiap 5 tahun iaitu mulai tahun 2010; 
  4. formula perkongsian hasil melalui threshold rental sebanyak RM1 bagi setiap TEU kontena yang melebihi 4.5 juta TEU setahun dan RM0.50 bagi setiap tan kargo bukan kontena yang melebihi 500,000 tan setahun.  
  5. perbincangan dan penelitian oleh Kerajaan ke atas cadangan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. untuk membangunkan pelabuhan kontena yang baru di bahagian barat Johor.

 


 

Mac

Lawatan ke Port of Antwerp 

Encik Khalid Bin Hj. Selamat , Penolong Pengurus Besar LPJ telah menjalani kursus Port Logistics di Port of Antwerp, APAC-Flanders Port Training Institute selama 2 minggu dari 1 hb Mac hingga 14hb Mac 2009. Kursus seminar ini adalah berkaitan Logistik Pelabuhan, Warehousing, Value Added Activity, Distribution dan Multi Modal bagi meningkatkan daya saing Pelabuhan- Pelabuhan di Johor.  

atas


Kejohanan Tempin Boling Antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl, Pelangi, Johor pada 2 Mac 2008 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulfakar Bin Rahmat, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Kejohanan Tempin Boling ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Untuk meraikan para tetamu dan peserta yang hadir, satu Majlis Makan Malam dan juga Majlis Perasmian telah diadakan di Hotel The Zon Johor Bahru pada 1 Mac 2008. Majlis makan malam ini telah berjalan dengan begitu meriah sekali ditambah lagi dengan persembahan-persenbahan tradisional oleh kanak-kanak dari Yayasan Johor.

 

Pada 2 Mac 2008 pula, kejohanan telah bermula pada jam 0930 pagi dan peserta-peserta yang hadir sungguh bersemangat. Walaupun baru pertama kali diadakan dalam sukan APA, kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai anggota Polis Bantuan. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori VIP, kategori perseorangan, kategori beregu dan kategori beregu campuran.

Johan untuk kategori VIP ialah Encik Abd Nasir Bin Abd Rahman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, naib johan ialah Tuan Hasbullah dari Agensi Polis Bantuan Malaysia (APA) dan tempat ketiga ialah Tuan Saifi Bin Haji Abd Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Manakala untuk kategori perseorangan pula, gelaran johan dimiliki oleh Encik Bachok Bin Timin dari Lembaga Pelabuhan Johor A, naib johan Encik Othman Che Ros dari Johor Port Berhad A dan tempat ketiga Encik Mohd Fadzrul dari Semasa Sentral Sdn Bhd. Bagi kategori beregu dimenangi oleh pasukan dari Ibu Pelabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tempat kedua pula pasukan dari Lembaga Pelabuhan Johor A dan tempat ketiga oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ketegori beregu campuran dimenangi oleh pasukan dari Johor Port Berhad A, naib johan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan dari Malaysian Marine and Heavy Engineering. Kejohanan ini telah tamat pada jam 0630 petang dan semua peserta berpuas hati dengan kejohanan yang telah dianjurkan.

Satu lawatan tentang Penugasan Polis Bantuan Sektor Pelabuhan telah diadakan pada 3 Mac 2008 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTPSB) bermula jam 0930 pagi. Peserta-peserta lawatan telah diberikan taklimat di bilik taklimat PTPSB mengenai tugas-tugas Polis Bantuan yang ditempatkan di kawasan pelabuan dan kaitannya dengan operasi-operasi yang dijalankan di pelabuhan. Setelah tamat sesi taklimat, peserta-peserta lawatan dibawa melawat menara peninjau PTPSB yang merupakan pusat kawalan trafik untuk kapal keluar dan masuk ke pelabuhan. Seterusnya peserta-peserta lawatan telah dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi yang dijalankan dan penempatan anggota-anggota Polis Bantuan. Peserta-peserta telah diberikan penjelasan yang lebih mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh anggota Polis Bantuan untuk melicinkan operasi dalam pelabuhan.  

atas


Sambutan Maulidur Rasul SAW 1430 Hijrah

Pada 9 Mac 2009 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah, sebahagian daripada warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor telah menyertai majlis perarakan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat Pasir Gudang. Majlis ini telah dimulai dengan bacaan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan perarakan telah bermula dari hadapan Masjid Taman Cendana Pasir Gudang dan berakhir di perkarangan Masjid Jamek Pasir Gudang. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Selain perarakan, majlis ini juga turut diselitkan dengan ceramah agama daripada penceramah jemputan. Turut serta dalam perarakan ini adalah agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat setempat.


April

 

Kursus ini telah diadakan pada 14 hingga 16 April 2009 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.  Ia diadakan di Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat  Negeri Johor, Bandar Penawar Kota Tinggi.  Tujuan utama kursus dan latihan ini dilaksanakan adalah untuk membentuk satu pasukan tindakan kecemasan yang dikenali sebagai pasukan ERT (Emergency Response Team).  Di akhir siri kursus ini,  satu latihan kecemasan di TFTB telah dilaksanakan bagi menilai tahap kesediaan peserta kursus.  Selain itu, melalui latihan ini, ia membantu mengenalpasti koordinasi bersama jabatan kerajaan dan agensi lain ketika kecemasan sebenar.  

Latihan kecemasan ini meliputi peranan pasukan ERT bertindak awal ketika keadaan kecemasan seperti menjalankan operasi pemadaman api,  menyelamat mangsa dan Operasi mengosongkan bangunan.  Semua agensi  yang terdapat di TFTB seperti Kastam, Imigresen, Jabatan Pertanian, serta Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar  sebagai agensi utama yang bertanggungjawab ketika keadaan kecemasan telah berkerjasama menjayakan latihan ini.

atas


Sukan Dalaman LPJ kali ke-5 2009

Seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang sudah, LPJ sekali lagi pada tahun ini telah menganjurkan Sukan Dalaman LPJ Kali Ke-5 2009. Berbeza pada tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini program Sukan Dalaman ini telah berlangsung selama dua (2) minggu bermula dari 16 Mac hingga 1 April 2009.   

Pada tahun ini juga menyaksikan rombakan keseluruhan pasukan yang bertanding di mana warga kerja telah melalui proses cabutan undi bagi menentukan pasukan masing-masing. Nama-nama pasukan juga telah diubah kepada Bendahara (Biru), Laksamana (Merah), Panglima (Hijau) dan Temenggong (Kuning).   

Sebanyak dua belas (12) acara sukan telah dipertandingkan iaitu Boling, Bola Jaring, Paint Ball, Badminton, Congkak, Ping Pong, Dart, Karom, Bola Tampar, Scrabble, Sepak Takraw dan Futsal.    

Majlis perasmian Sukan Dalaman pada kali ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar LPJ, En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain pada 21 Mac 2009 di Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang.  

Sukan Dalaman pada kali ini telah menyaksikan pertarungan yang sengit di antara pasukan-pasukan yang bertanding di mana setiap pasukan mempunyai kelebihan pada setiap jenis sukan yang dipertandingkan. Pasukan Panglima (Hijau) telah berjaya muncul sebagai johan keseluruhan bagi edisi baru Sukan Dalaman LPJ Kali Ke-5 ini. Manakala pasukan Bendahara (Biru) telah muncul sebagai naib johan. Selain itu pada edisi kali ini juga telah diperkenalkan anugerah peserta lelaki dan wanita terbaik bagi menilai prestasi keseluruhan atlit yang bertanding.    

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai johan pada edisi Sukan Dalaman LPJ kali ini.

atas


Mei

Teks Ucapan Pengurus Besar LPJ Pada Perhimpunan Bulanan Mei 2009

 Assalamualaikum W.B.T…. dan Salam Sejahtera. Yang berbahagia En. Tay Kim Chai, Yang Berusaha Puan Siti Noraishah Azizan, Selaku Pengerusi Program Sukan Dalaman LPJ, Yang Dihormati, En. Damon Nori (PPB Operasi & Kawalselia), En. Khalid Bin Haji Selamat (PBB Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan Kepada seluruh wargakerja Lembaga Pelabuhan Johor sekelian.

  Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada wargakerja LPJ di atas daya usahanya mengadakan Program Sukan Dalaman LPJ Kali yang ke 5 / 2009 ini. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Sukan Dalman LPJ yang pertama telah diadakan serentak dengan Hari Keluarga yang diadakan di Summerset pada 17 Julai 2004.
  Pada suatu masa dahulu, sukan merupakan aktiviti masa lapang pemuda-pemudi kampung di hadapan rumah mereka. Sukan yang dipermainkan seperti gasing, main guli, congkak, layang-layang dan sebagainya. Tetapi kini, kerajaan sedar sukan adalah penting bagi negara dan rakyatnya supaya mereka dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Tambahan pula , bersukan dapat menyihatkan badan sekaligus menjadikan badan cergas dan otak cergas. Justeru itu, kerajaan sanggup membelanja dan memperuntukkan wang yang banyak untuk mengadakan kemudahan-kemudahan dan tempat-tempat bersukan di semua peringkat supaya rakyat dapat menjalankan aktiviti sukan yang diminati dengan selesa.
  Tambahan lagi, bersukan dapat meningkatkan perpaduan diantara wargakerja. Sebagai contoh Sepanjang minggu diadakan Program Sukan Dalaman ini, kita dapat melihat bagaimana sikap kerjasama serta perpaduan yang dipupuk didalam setiap ahli pasukan supaya pasukan mereka berjaya merebut gelaran juara di dalam setiap acara. Semangat ini yang perlu dipupuk di dalam diri kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Kalah dan menang merupakan adat di dalam setiap pertandingan. Tetapi semangat itu yang perlu kita ada bagi meletakkan diri kita sebaris dengan orang lain yang mempunyai cita-cita dan wawasan untuk menang. Sekali gus, semangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama ini merupakan pemangkin untuk kita berjaya.
  Justeru itu, kita perlu yakin akan kebolehan diri sendiri dan perancangan serta pendekatan ketua di setiap pasukan dalam menangani masalah dan memajukan pasukan. Jika kita percaya kita boleh menang di setiap perlawanan yang dipertandingkan, besar kemungkinan kita akan berjaya. Namun kita perlu pupuk budaya kesukanan dan etika yang sesuai dengan kejayaan. Demikian juga, apa yang kita kurang yakin akan dicapai oleh kita hari ini akan dapat kita capai di masa hadapan jika kita berusaha bersungguh-sungguh, jika kita pelihara semangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama di dalam pasukan kita. Segala-galanya bergantung kepada kita. Anggaplah persaingan daripada pasukan-pasukan yang lain sebagai penanda arasan untuk kita bersaing secara sihat. Tetapi segala-galanya bergantung kepada kita di dalam pasukan. Jika kita bijak, mempunyai strategi, mengekalkan persefahaman, bakerjasama dan berlatih dengan bersungguh-sungguh, Insya-Allah kita akam dapat membentuk satu pasukan yang berdaya saing dan berpeluang untuk menang di dalam setiap permainan yang dipertandingkan. Oleh itu marilah kita berusaha bersungguh-sungguh di dalam setiap acara yang dipertandingkan dan saya berdoa kita semua akan memperoleh kemenangan di dalam Sukan Dalaman ini.
  Tuan-tuan dan Puan-puan selain itu, Program Sukan Dalaman ini merupakan suatu aktiviti sosial dan riadah bagi wargakerjanya. Melalui program ini, wargakerja dapat menghilangkan tekanan dengan melupakan seketika tugasan hakiki di pejabat. Di dalam program ini juga wargakerja dapat menunjukkan  bakat-bakat terpendam mereka di dalam bidang sukan yang selama ini tidak di ketahui oleh orang lain. Ada diantara wargakerja kita yang pernah mewakili peringkat sekolah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Manalah tahu, dengan adanya program ini,  di masa hadapan LPJ boleh menghantar satu kontigen ke Pertandingan Sukan yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan, APA dan sebagainya.
  Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sukan Dalaman dan semua mereka yang terlibat dalam menjayakan Sukan Dalaman ini. Oleh itu dengan lafaz Bismillah sukacita saya dengan ini merasmikan Sukan Dalaman LPJ kali ke 5 tahun 2009. Saya sudahi ucapan saya dengan 2 rangkap pantun
 
                        Banyak kapal belayar di lautan,
                        Setelah selesai memunggah di Dermaga
                        Kuatkan semangat untuk berlawan,
                        Jangan sampai kita bersengketa.
 
                            Penat belayar singgah di Yunan,
                            Naik ke darat mencari gelama,
                         Menang kalah adat pertandingan.
                          Semangat kesukanan yang paling utama.
                               Wasaalammualaikum.
                              Sekian terima kasih.

atas


Jun

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Julai

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Ogos

Bersempena Hari Kebangsaan ke-51, LPJ telah menyertai kontijen statik Jabatan atau Badan Berkanun peringkat daerah Johor Bahru. Selain jabatan kerajaan/badan berkanun, pasukan beruniform sekolah rendah dan menengah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik, syarikat-syarikat swasta, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk kelab-kelab kereta dan motosikal berkuasa besar turut menyertai program sambutan ini.

Peserta Kontijen Statik LPJ seramai 31 orang warga kerja telah bersiap sedia seawal pagi pada jam 6.00. Pada jam 8.30 pagi, acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Tema Hari Kebangsaan (Perpaduan Teras Kejayaan) dan bacaan ikrar. Nyanyian dipimpin oleh Koir MBJB. Majlis dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor, iaitu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam Johor. Persembahan deklamasi sajak beriringan biola dan persembahan pantomim "Hingga ke titisan Darah Terakhir" oleh PALAPES UTM turut menyerikan majlis sambutan ini.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa LPJ telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Hari Kebangsaan ke-51 ini yang membawa pulang piala beserta wang RM500. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen LPJ. Majlis sambutan ini tamat pada jam 11.00 pagi.

atas

 


Kejohanan Sepak Takraw Piala Pengurus Besar LPJ 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pelabuhan Johor akan menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Johor 2009 pada tarikh, masa  dan tempat seperti berikut :-

 
                               Tarikh            :           8 & 9 Ogos 2009
                               Masa              :           9.00 pagi hingga 11.00 malam
                               Tempat          :           Dewan Raya Masai

 


  

September

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Oktober

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

November

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Disember

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

atas


Arkib 2008
      Baca Lagi...
      Arkib 2007
      Baca Lagi...
      Arkib Statistik

      Arkib Pelabuhan Johor (JPB) & Pelabuhan Tanjung Pelapas (PTP)

      arkstatjpb

      arkstatptp

      Keratan Akhbar