2008 Archive

Print PDF


Januari

Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan LPJ

 Pada 9 Januari 2008 Jam 9.00 pagi telah berlangsung satu majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Bantuan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang Johor. Penganugerahan ini melibatkan seorang Sab Inspektor dan 8 orang Lans Koperal yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman dan memberi perkhidmatan cemerlang serta lulus dalam ujian atau peperiksaan yang disyaratkan oleh jabatan. Penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ iaitu Tuan Hj. Zulfakar Bin Rahmat dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitanga LPJ.

atas


Lawatan Kerja Pegawai LPJ ke Pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Menara MSC Cyberport, pada Selasa, 22 Januari 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal selia iaitu En. Damon Nori Bin Masood serta diiringi oleh 12 orang pegawai Lembaga Pelabuhan Johor.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan Lembaga Pelabuhan Johor serta pegawai-pegawainya kepada pengurusan IRDA serta mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama yang dapat dibentuk antara LPJ dan pihak IRDA selain ingin mengetahui perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar. Di samping itu juga objektif lawatan adalah untuk mengenal pasti peranan LPJ sebagai badan kawal selia pelabuhan yang terletak dalam kawasan WPI.

Lawatan ini telah dimulai dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, En. Ismail Ibrahim. Taklimat yang disampaikan oleh En. Ismail Ibrahim ini meliputi perancangan pembangunan prasarana WPI termasuklah dari sudut pembangunan prasarana dan pembangunan sosial ekonomi. Di dalam taklimat ini juga beliau dan pegawai-pegawai LPJ sering bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai pembangunan WPI.


Lawatan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Pejabat Johor ke Terminal Feri Tanjung Belungkor

Pada 7 Januari 2008 (Isnin), TFTB telah menerima lawatan dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Pejabat Johor dalam programnya ‘Mengemaskini Produk Pelancongan Daerah Kota Tinggi 2008’. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan Pelancongan Negeri Johor iaitu Encik Mohd Faharuddin bin Hitmin.

Lawatan tersebut telah berjalan selama 3 hari bermula 5 Januari 2007 di Homestay Felda Semenchu dan berakhir di Terminal Feri Tg. Belungkor sebelum menaiki feri MV Tomcat untuk ke Stulang Laut. Di Terminal Feri Tanjung Belungkor, peserta telah berkesempatan untuk mendengar taklimat mengenai terminal tersebut daripada Pen. Pengurus Besar (Operasi dan Kawalselia), En. Damon Nori Bin Masood.

Antara tempat-tempat yang menjadi kunjungan peserta lawatan ini sepanjang 3 hari termasuklah Bujang Firefly, Crocodile Farm, Desaru Fruit Farm, Hotel-Hotel di sekitar Desaru, Ostrich Farm, Restoran Seafood di Sungai Rengit dan sebagainya.

Kira-kira seramai 40 orang peserta lawatan yang terdiri daripada pihak media dari Malaysia dan Singapura, wakil-wakil agensi pelancongan Negeri Johor dan warga kerja jabatan pelancongan telah mengikuti lawatan tersebut.

Di dalam lawatan 3 hari tersebut, peserta telah diberikan tugasan untuk mempersembahkan beberapa pakej yang boleh menarik minat pelancong untuk ke Daerah Kota Tinggi dengan memasukkan agenda lawatan ke tempat-tempat menarik di Daerah Kota Tinggi di dalam setiap pakej yang ditawarkan.


Febuari

Lawatan Kerja Pegawai Lembaga Pelabuhan Johor ke Jabatan Perancangan, Lembaga Pelabuhan Klang

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jabatan Perancangan, Lembaga Pelabuhan Klang pada Jumaat, 15 Februari 2008. Lawatan kerja ini telah disertai oleh tujuh (7) orang pegawai Lembaga Pelabuhan Johor dengan disertai oleh tiga (3) pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara.

  1. En. Azizudin Bin Mohamad - Pengurus Kanan Trafik
  2. En. Kamaruzaman Bin Munasir - Pengurus Khidmat Korporat
  3. En. Ahmad Salhin Bin Mustapa - Pengurus Hartanah
  4. Pn. Noor Rahayu Binti Nasikon - Pegawai Teknologi Maklumat
  5. En. Johan Shah Bin Ismail - Jurutera
  6. En. Mohd Faizal Bin Yaser - Pen. Pegawai Tadbir
  7. En. Mohd Fitri Bin Mohd Rom - Pen. Peg. Teknologi Maklumat
  8. En. Nurul Amrie Bin Abdullah - Pelajar Praktikal
  9. En. Zul Hosni Bin Tilam - Pelajar Praktikal
  10. En. Muhammad Asyik Bin - Pelajar Praktikal

Objektif utama lawatan kerja ini dibuat adalah untuk mengetahui dan mempelajari berkenaan dengan proses pengumpulan data maklumat statistik operasi pelabuhan yang lengkap yang dibuat di jabatan berkenaan. Antara perkara-perkara yang ingin dipelajari adalah :

  1. Pengumpulan maklumat daripada operator pelabuhan (harian / bulanan).
  2. Jenis-jenis data / maklumat yang diperlukan.
  3. Data yang dikumpulkan (raw data, final data).
  4. Analisis data / maklumat yang diterima.
  5. Sistem penyimpanan data / maklumat (database, fail dll).
  6. Penerbitan / penjilidan data-data statistik yang telah dikumpulkan.

Lawatan ini telah dimulai dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai di Jabatan Perancangan LPK iaitu En. Zulkarnain. Taklimat yang disampaikan oleh beliau ini meliputi peranan dan fungsi jabatan berkenaan dalam aspek pengumpulan maklumat statistik yang lengkap. Di dalam sesi ini juga kedua-dua pihak sering bersoal jawab dan memberikan pandangan untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan statistik ini.

Hasil daripada lawatan ini juga LPJ bercadang untuk menghantar pegawai-pegawai yang berkenaan untuk penempatan kerja di Jabatan Perancangan LPK bagi mendalami dan mempelajari dengan lebih terperinci berkenaan aspek pengumpulan statistik pelabuhan di jabatan ini.


Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang ke-13 2008

Lembaga Pelabuhan Johor telah menghantar penyertaan pasukan untuk menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang Kali Ke-13 2008 yang telah berlangsung pada 18 Feb hingga 24 Februari 2008 bertempat di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang.

Tahun 2008 merupakan penyertaan kali ketiga berturut-turut Pasukan Pelayang Lembaga Pelabuhan Johor di dalam Festival ini dan pada tahun ini juga LPJ telah menghantar 3 pasukan untuk bertanding di dalam Kategori Rokkaku Korporat. Antara mereka yang terlibat adalah seperti berikut :

LPJ ‘A’

  1. Mohd Faizal Bin Yaser (Pengurus Pasukan)
  2. Mohd Fitri Bin Mohd Rom
  3. Muhammad Musa Bin Deri
  4. Zulkifli Bin Sadek

LPJ ‘B’

  1. Suhanapi Bin Hamzah
  2. Asman Bin Ahmat
  3. Yusri Bin Bahari
  4. Mohd Razalley Bin Ehsan

LPJ ‘C’

  1. Razif Bin Ramli
  2. Alias Bin Ahmad
  3. Mohd Khairi Bin Rosman
  4. Mohd Nazri Bin Mohd Noor

Pada tahun ini sebanyak 33 pasukan telah bertanding dalam Kategori Rokkaku Korporat dan kali ini, 2 pasukan pelayang LPJ telah berjaya memasuki pusingan akhir kategori ini. Pasukan LPJ ‘B’ telah berjaya mendapat tempat ke-5 dan LPJ ‘A’ mendapat tempat ke-13 manakala LPJ ‘C’ hanya berjaya memasuki pusingan ke-2 sahaja.

Selain Kategori Rokkaku Korporat, kategori yang turut disertai adalah Pertandingan Malay Kite 3’x3’ Terbuka (Laga Di Udara) yang merupakan penyertaan kali pertama. Penyertaan di dalam acara ini adalah mengikut individu. Walaupun pelayang-pelayang LPJ kecundang awal dalam kategori ini tetapi ia memberi satu pengalaman yang berguna kepada pasukan. Festival ini adalah acara tahunan di dalam kalendar pelancongan dan dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBT PG).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pelayang LPJ di atas usaha gigih mereka ini. Walaupun timbul rasa tidak puas hati pasukan akan keputusan pengadilan bagi Kategori Rokkaku Korporat tetapi diharap ini tidak mematahkan semangat pelayang LPJ untuk mencuba yang terbaik pada tahun hadapan.

atas


Mac

Kejohanan Tenpin Boling Antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Kejohanan Tempin Boling antara Agensi Polis Bantuan Malaysia 2008 yang telah berlangsung di Ampang Superbowl, Pelangi, Johor pada 2 Mac 2008 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulfakar Bin Rahmat, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Kejohanan Tempin Boling ini merupakan yang pertama kali diadakan oleh Persatuan Polis Bantuan Malaysia (APA). Untuk meraikan para tetamu dan peserta yang hadir, satu Majlis Makan Malam dan juga Majlis Perasmian telah diadakan di Hotel The Zon Johor Bahru pada 1 Mac 2008. Majlis makan malam ini telah berjalan dengan begitu meriah sekali ditambah lagi dengan persembahan-persenbahan tradisional oleh kanak-kanak dari Yayasan Johor.

Pada 2 Mac 2008 pula, kejohanan telah bermula pada jam 0930 pagi dan peserta-peserta yang hadir sungguh bersemangat. Walaupun baru pertama kali diadakan dalam sukan APA, kejohanan ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mempunyai anggota Polis Bantuan. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut dan sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori VIP, kategori perseorangan, kategori beregu dan kategori beregu campuran.

Johan untuk kategori VIP ialah Encik Abd Nasir Bin Abd Rahman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, naib johan ialah Tuan Hasbullah dari Agensi Polis Bantuan Malaysia (APA) dan tempat ketiga ialah Tuan Saifi Bin Haji Abd Hamid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam. Manakala untuk kategori perseorangan pula, gelaran johan dimiliki oleh Encik Bachok Bin Timin dari Lembaga Pelabuhan Johor A, naib johan Encik Othman Che Ros dari Johor Port Berhad A dan tempat ketiga Encik Mohd Fadzrul dari Semasa Sentral Sdn Bhd. Bagi kategori beregu dimenangi oleh pasukan dari Ibu Pelabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tempat kedua pula pasukan dari Lembaga Pelabuhan Johor A dan tempat ketiga oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. Ketegori beregu campuran dimenangi oleh pasukan dari Johor Port Berhad A, naib johan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan dari Malaysian Marine and Heavy Engineering. Kejohanan ini telah tamat pada jam 0630 petang dan semua peserta berpuas hati dengan kejohanan yang telah dianjurkan.

Satu lawatan tentang Penugasan Polis Bantuan Sektor Pelabuhan telah diadakan pada 3 Mac 2008 di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTPSB) bermula jam 0930 pagi. Peserta-peserta lawatan telah diberikan taklimat di bilik taklimat PTPSB mengenai tugas-tugas Polis Bantuan yang ditempatkan di kawasan pelabuan dan kaitannya dengan operasi-operasi yang dijalankan di pelabuhan. Setelah tamat sesi taklimat, peserta-peserta lawatan dibawa melawat menara peninjau PTPSB yang merupakan pusat kawalan trafik untuk kapal keluar dan masuk ke pelabuhan. Seterusnya peserta-peserta lawatan telah dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan untuk melihat dengan lebih dekat lagi operasi yang dijalankan dan penempatan anggota-anggota Polis Bantuan. Peserta-peserta telah diberikan penjelasan yang lebih mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh anggota Polis Bantuan untuk melicinkan operasi dalam pelabuhan.

atas


Lawatan Kerja Pegawai Lembaga Pelabuhan Johor ke Felda Johore Bulkers (FJB)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Felda Johore Bulkers (FJB) pada Khamis, 27 Mac 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal selia iaitu En. Damon Nori Bin Masood serta diiringi pegawai Lembaga Pelabuhan Johor.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pegawai-pegawai LPJ mengenai perjalanan operasi syarikat FJB yang menjalankan operasinya di dalam kawasan Pelabuhan Johor.

Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Operasi FJB, Tn. Hj. Kamaradin Bin Selamat. Taklimat yang disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaradin ini meliputi penerangan mengenai syarikat FJB dan core business yang dijalankan iaitu sebagai depot penyimpanan dan pengendali minyak makan berasaskan sayuran (vegetable oil based products). Selepas sesi taklimat dan pertukaran cenderahati, pegawai-pegawai LPJ telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan dan pengawalan kualiti minyak serta dibawa juga melawat bilik kawalan operasi.

atas


Minggu Sukan Dalaman IV Lembaga Pelabuhan Johor 2008

MINGGU SUKAN DALAMAN KE IV telah diadakan dari 24 Februari hingga 01 Mac 2008. Minggu Sukan Dalaman kali ini mempertanding acara Paintball, Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton dan permainan dalaman seperti Karom, Dart dan Scrabble. Minggu Sukan Dalaman ini melibatkan semua wargakerja LPJ dan pada tahun ini Sukan Dalaman diadakan bagi mencungkil bakat – bakat baru untuk diketengahkan di dalam mewakili LPJ di dalam Sukan Muhibah yang akan diadakan pada bulan Jun 2008.

Selain itu, aktiviti ini dapat membentuk warga kerja yang sihat melalui aktiviti sukan yang mana akan menjana perkembangan kepada idea – idea yang bernas untuk kemajuan organisasi dan mengalakkan aktiviti bersukan dan beriadah di kalangan warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor. Keputusan penuh Minggu Sukan Dalaman adalah seperti berikut:

JUARA KESELURUHAN : DOLPHINE
NAIB JUARA : PAUS
KETIGA : TODAK
KEEMPAT : JERUNG

Majlis pelancaran telah diadakan pada 28 Februari oleh Tuan Pengurus Besar LPJ. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan serta Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan.


April

Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke-7, Penggal ke-4 Sesi 2005-2007

Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke – 7 telah diadakan di Lembaga Pelabuhan Kuching pada 3 hingga 5 April 2008. Antara program yang diadakan selain daripada mesyuarat tersebut adalah seperti taklimat Domestic Inquiry – Prosedur and Praktical, Taklimat prosedur peruntukan Tabung Wang JPK (MLVK), Taklimat Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959, dan taklimat ‘Performance Audit Port Security’

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada 3 April jam 8.00 malam pula ahli mesyuarat yang hadir telah disajikan dengan jamuan makan malam di River Cruise – Sungai Sarawak disamping persembahan tarian kebudayaan yang menjadi kebanggaan Negeri Sarawak.

Bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli, satu perlawanan bowling persahabatan telah diadakan di Ampang Superbowl, Kuching. Semua ahli mesyuarat berpuashati dengan program yang diatur oleh urusetia pada kali ini dan berharap program sedemikian akan diadakan pada masa-masa akan datang.

atas


Majlis Makan Malam Perpisahan Mantan Pengurus Besar LPJ, Tn Hj Zulfakar Rahmat

Majlis makan malam perpisahan mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Bin Rahmat telah diadakan di Asiana Restaurant, Teluk Danga pada Isnin 7 April 2008. Majlis yang diadakan bagi meraikan persaraan wajib Tn. Hj. Zulfakar Rahmat sebagai penjawat awam ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan Lembaga Pelabuhan Johor.

Dalam majlis ini beliau telah sudi memberikan ucapan dan amanat terakhir beliau kepada warga kerja yang hadir supaya menyemai budaya kerja cemerlang dan meneruskan fungsi dan peranan LPJ sebagai badan kawal selia yang berkesan. Majlis pada malam itu juga turut diserikan lagi dengan acara memotong kek sebagai tanda ulang tahun kelahiran beliau dan digamatkan lagi dengan sesi karaoke bersama hadirin.

Kepada mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Rahmat, seluruh warga kerja LPJ mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.

atas


Majlis Terima Tugas Pengurus Besar LPJ Yang Baru En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain

Majlis terima tugas Pengurus Besar LPJ yang baru, En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain telah diadakan pada Rabu, 9 April 2008 bertempat di Bilik Anjung Bahtera.

Majlis yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan LPJ ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ASP Tn. Hj, Ramdhan Bin Saian yang kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh PPB Khidmat Pengurusan dan Kewangan, En. Khalid Bin Hj. Selamat kepada Pengurus Besar yang baru. Dalam majlis ini juga, Pengurus Besar telah memberikan ucapan sulung beliau kepada kakitangan LPJ yang mana beliau berharap semua kakitangan memberikan kerjasama kepada beliau dalam memikul amanah sebagai Pengurus Besar di LPJ.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara menandatangani nota serah tugas oleh En. Khalid Bin Hj. Selamat dan disusuli pula dengan Pengurus Besar menandatanganinya sebagai secara rasmi menerima tugas sebagai Pengurus Besar LPJ.

atas


Mei

Lawatan Kerja Pegawai LPJ ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA), Kedah, pada hari Selasa, 6 Mei 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Khidmat Pengurusan & Kewangan iaitu En. Khalid Hj. Selamat serta diiringi 4 orang pegawai dari unit Pentadbiran dan Teknologi Maklumat serta seorang wakil daripada SAPURA.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk meninjau pelaksanaan sistem GOE-EGDMS yang telah dilaksanakan di agensi tersebut sejak 2004.

Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pn. Che Amah Bt. Hussan. Taklimat yang disampaikan meliputi pengenalan kepada MADA serta pelaksanaan GOE-EGDMS di agensi tersebut.

Pada sesi taklimat tersebut juga, sesi perbincangan telah diadakan di antara LPJ dan MADA dan pihak MADA telah sudi berkongsi pengalaman bersama kami mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang melaksanakan sistem tersebut serta faktor kejayaan pelaksanaan sistem GOE-EGDMS ini di agensi tersebut.

Setelah sesi taklimat dan perbincangan selesai, kami dibawa melawat ke bahagian khidmat pengurusan bagi meninjau pelaksanaan sistem ini di bahagian tersebut secara live. Bagi pihak Lembaga Pelabuhan Johor, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak MADA atas kesudian menerima kunjungan kami pada hari tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh En. Khalid Hj. Selamat selaku Pen. Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan disertai oleh En. Mohd. Khamel Esa, Pn. Noor Rahayu Nasikon, En. Khairi Rosman dan Pn. Zainon Jaidon.

atas


Jun

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Julai

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Ogos

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

atas


September

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

Oktober

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

 

November

 

Sambutan Hari Keluarga LPJ 2008 kali ini telah diadakan pada 28 hingga 30 November 2008 di Legend Resort, Cherating, Pahang. Program anjuran pihak Pengurusan ini merupakan salah satu acara tahunan LPJ di mana ia bertujuan meraikan kakitangan LPJ sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim antara warga kerja dan keluarga.  

Ia bermula pada 28 November 2008 di mana pelepasan satu hari telah diberikan bagi memudahkan warga kerja menguruskan perjalanan mereka memandangkan perjalanan ke Cherating memakan masa lebih kurang 5 jam manakala pendaftaran pula bermula pada jam 3.00 petang. Selepas mendaftar, warga kerja diberi masa untuk berehat setelah penat memandu dan ‘Welcome Dinner’ telah pun disediakan di mana sedikit taklimat penerangan berkenaan acara sepanjang Hari Keluarga LPJ yang berlangsung selama 3 hari 2 malam diberikan.

  Acara bermula pada 29 November 2008 seawal 7.00 pagi  dengan acara senamrobik diikuti tarian ‘Poco-Poco’ yang mendapat perhatian ramai. Selepas bersarapan acara disambung semula dengan aktiviti Sukaneka yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja serta ahli keluarga. Antara acara sukaneka yang dijalankan ialah seperti Bola Jaring Bakul, Bola Tampar Pantai, Futsal Kain Pelekat, Lari dalam guni, Tiup gula-gula dalam tepung, Waterfall Bottle, Fishing Time, Hula- Hoop Race, Mummy Return dan sebagainya. Acara ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Di sebelah petang pula merupakan acara bebas di mana ia memberi ruang kepada warga kerja untuk beriadah bersama keluarga.

  Pada sebelah malam pula, semua warga kerja LPJ dan keluarga telah berkumpul bagi memeriahkan lagi acara ‘Grand Nite Dinner’ yang bermula jam 7.45 malam. Acara Grand Nite Dinner yang bertemakan ‘Pop Yeh-Yeh’ tersebut digamatkan lagi dengan pertandingan persembahan daripada setiap bahagian diselang selikan dengan cabutan bertuah. Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan berjaya merangkul Johan dalam pertandingan persembahan tersebut diikuti Bahagian Operasi dan Kawal selia ditempat kedua seterusnya Terminal Feri Tg Belungkor dan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan ditempat ketiga dan keempat.

Manakala bagi Anugerah Pakaian Terbaik dimenangi oleh Encik Mohd Fadzli bin Asmon bagi kategori lelaki, Cik Nuruljamiatuniza binti Rayu bagi kategori wanita dan Adik Azib Zafran bin Zolkarnain bagi kategori kanak-kanak.  Acara berakhir pada pukul 11.00 malam. Keesokan harinya iaitu pada 30 November  2008 selepas bersarapan semua warga kerja berkemas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Secara keseluruhannya, program sambutan Hari Keluarga LPJ 2008 ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

atas

 

.

 

Disember

Harap Maaf! Tiada Data Untuk Bulan Ini.

atas


haberler