Lawatan Lembaga
Pengarah ke Suruhanjaya Pulau Pinang
LEMBAGA
PELABUHAN JOHOR membuka tirai tahun baru 2007 dengan
mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang
telah diadakan pada 08 Jan 07 Januari.. Lawatan diketuai oleh Pengerusi LPJ ,
YB Haji Abdul Halim Bin Suleiman dan disertai oleh Lembaga Pengarah serta
pegawai-pegawai kanan LPJ. Antara
lain, lawatan bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih rapat di antara
pelabuhan selain berkongsi maklumat berkenaan dengan industri pelabuhan.
Delegasi LPJ disambut oleh Pengerusi dan Pengurus Besar SPPP, YBhg Dato’ Dr. Loh Hock Hun dan YBhg. Dato' Captain Haji Abdul Rahim Abd Aziz. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi PPSB, Encik Mohd. Naina Merican Ab. Kadir Merican. Delegasi diberi taklimat ringkas sebelum dibawa meninjau kawasan operasi Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) melalui menara kawalan. Rombongan kemudiannya dibawa menaiki feri menuju ke marina yang baru beroperasi, Tanjung City Marina.
|
Ahli Lembaga Pengarah LPJ meninjau keadaan di Pelabuhan Pulau Pinang
|

.jpg)
