Perlesenan
Sebagai Badan Kawalselia, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) juga menjalankan tugas melesenkan syarikat-syarikat yang ingin menggunakan perkhidmatan di Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan juga di Jeti-jeti Persendirian yang berada di dalam kawasan berkuasa LPJ. Oleh itu, setiap syarikat yang memerlukan lesen yang berkaitan hendaklah membuat permohonan di LPJ.
Bayaran yang dikenakan terhadap lesen-lesen yang dikeluarkan oleh pihak LPJ untuk tempoh setahun adalah seperti berikut :-
| Bunkering | : RM 1000.00 |
| Stuffing/Unstuffing | : RM 1000.00 |
| Lashing/Unlashing | : RM 500.00 |
| Ship Chandling | : RM 500.00 |
| Tally Clerk | : RM 500.00 |
| Malim | : - |
| Jeti Persendirian | : RM 2000.00 + RM 100.00 (wang proses) |
| Stevedoring | : RM 500.00 |
LESEN BUNKERING, STUFFING, LASHING, SHIP CHANDLING DAN TALLY CLERK.
Permohonan untuk mendapatkan lesen-lesen tersebut hendaklah dibuat di pejabat LPJ dengan menghantar borang permohonan besertakan dengan profail syarikat serta beberapa syarat-syarat yang perlu dipenuhi.
Bagi mendapatkan lesen-lesen tersebut, pemohon perlu menyertakan profail syarikat, salinan diakui sah Lesen Kementerian Kewangan dan borang 24 dan 49 (jika ada) bersama-sama borang permohonan . Salinan diakui sah Lesen PDA juga diperlukan bagi syarikat yang ingin memohon untuk mendapatkan Lesen Bunkering.
Selepas memerima borang permohonan baru daripada pemohon, LPJ akan memproses borang tersebut. LPJ akan memberikan jawapan kepada pemohon sama ada permohonan yang dibuat diluluskan ataupun tidak. Jika permohonan tersebut diluluskan, pemohon perlu mengambil lesen tersebut di pejabat LPJ dan besertakan wang sebanyak RM 75.00.
LESEN MALIM.
Bagi pemohon (bahagian Marin JPB / PTP) yang ingin mendapatkan lesen Malim, pemohon juga perlu menghantar dokumen-dokumen tersebut ke LPJ:-
| i. | Surat permohonan dari syarikat dengan dinyatakan jenis lesen yang dipohon | |
| ii. | Rekod pergerakan malim | |
| iii. | Ujian memandu arah kapal | |
| iv. | Salinan lesen malim sedia ada | |
| iv. | Kursus simulator (bagi lesen A2 dan ke atas) | |
| vi. | Salinan Sijil Kecekapan | |
| ivii. | Medical Checkup |
Setiap pemohon yang terlibat akan menjalani dua (2) ujian iaitu Ujian Bertulis yang akan dikendalikan oleh pihak LPJ dan Ujian Lisan yang akan dikendalikan oleh panel teknikal yang terdiri daripada Jabatan Laut, Akademi Laut Malaysia (ALAM), pihak JPB/PTP dan juga LPJ. Keputusan bagi ujian-ujian tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemaliman untuk ditemuduga dan seterusnya pengeluaran lesen malim jika pemohon lulus.
Terdapat lima (5) tahap di dalam Lesen Malim iaitu :
| i. | Tanpa had | |
| ii. | Kelas A1 | |
| iii. | Kelas A2 | |
| iv. | Kelas B | |
| v. | Kelas C |
Setiap lesen yang dikeluarkan diberi tempoh selama 5 tahun untuk mengambil Lesen Malim pada tahap yang seterusnya. Lesen yang telah tamat tempoh mesti diperbaharui dengan mengemukakan surat permohonan kepada Jawatankuasa Pemaliman.
LESEN JETI PERSENDIRIAN.
Untuk mendapatkan Lesen Jeti Persendirian, pemohon juga perlu membuat permohonan di LPJ dengan menghantar borang permohonan dan disertakan profail syarikat dan beberapa syarat seperti berikut :
| i. | Surat kebenaran untuk menggunakan Jeti Persendirian di bawah seksyen 33, Akta Kastam 1967. | |
| ii. | Surat-surat tiada halangan dari Jabatan Kerajaan. | |
| iii. | Salinan diakui sah Lesen Pendudukan Sementara di bawah seksyen 67 Kanun Tanah Negara. | |
| iv. | Salinan diakui sah Lesen di Bawah Akta Air 1920 (Water Act 1920) yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. | |
| v. | Salinan diakui sah Undang-undang Tubuh / Memorandum Syarikat (Memorandum of Association (MOA) dan Articles of Association (AOA)) | |
| vi. | Salinan diakui sah Sijil Pendaftaran Syarikat / Perniagaan (Akta Syarikat 1965) | |
| vii. | Salinan Plan Jeti termasuk kawasan sekelilingnya. | |
| viii. | Salinan kargo yang diisytiharkan untuk dilesenkan beroperasi. | |
| ix. | Membuka akaun di LPJ dan Bank Guarantee | |
Setelah pihak LPJ menerima borang permohonan daripada pemohon, borang tersebut akan diproses. Pihak LPJ akan menghantar surat balasan sama ada permohonan yang dibuat diluluskkan atau tidak.
[Carta Aliran Permohonan Lesen Pemaliman Kelas C hingga A2]
[Carta Aliran Permohonan Lesen Pemaliman Kelas A]
[Carta Aliran Permohonan Perkhidmatan Sokongan]
