Pelabuhan Johor

 

PELABUHAN JOHOR, terletak di Pasir Gudang, Johor merupakan sebuah Pelabuhan moden yang dilengkapi dengan segala kemudahan-kemudahan yang dapat memenuhi permintaan operasi pengendalian kargo dan kapal yang berada di peringkat antarabangsa. Ianya dilengkapi dengan sistem rangkaian perhubungan lebuhraya yang dihubungkan ke seluruh negara bermula dari utara hinggalah ke selatan semenanjung. Kawasan operasi Pelabuhan yang diwartakan sebagai Kawasan Zon Perdagangan Bebas menjadikan Pelabuhan Johor, berfungsi sebagai pusat untuk meningkatkan aliran dagangan enterpot ( import, ekspot dan transshipment ) dan menggalakan industri pengilangan di kawasan operasi Pelabuhan. Pelabuhan Johor berupaya untuk menampung sejumlah 43 juta tan kargo termasuk 1 juta TEUs kontena.

Ciri-ciri terminal adalah seperti berikut:

Terminal Kontena
Kepanjangan dermaga 760 meter dilengkapi dengan 5 buah Post Panamax Quayside Kren, 17 transfer kren, 4 reach stackers dan 46 prime movers. Lapangan kontena seluas 178,000 meter persegi dengan 5,500 slot yang boleh menampung sejumlah 1,000,000 TEUs termasuk kemudahan lengkap bagi ‘reefers’ kontena. Ianya juga dilengkapi dengan rangkaian sistem rail, sistem trekking komputer dan juga kemudahan gudang untuk menyimpan kargo.

TERMINAL KONTENA
Dermaga Panjang Kedalaman DWT Maksimum
CT1 253 m 15.0 m 104,000
CT2 253 m 15.0 m 104,000
CT3 253 m 15.0 m 104,000

Kargo Pukal Cecair
Terdapat 2 jeti empat-dermaga khas untuk Terminal Kargo Pukal Cecair iaitu Terminal Pukal Minyak Makan dan Terminal Pukal Bahaya Cecair.


Kargo Pukal Bahaya Cecair
Dikhaskan untuk mengendalikan kargo bahaya yang terdiri dari bahan kimia, produk petroleum dan LPG. Dilengkapi dengan alat-alat pencegahan kebakaran yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih. Mempunyai tempat simpanan sejumlah 487,000 tan, dilengkapi dengan paip-line terus ketempat simpanan. Produktiviti saluran paip maksimum adalah dalam kadar 1,500 tan sejam.

KARGO PUKAL BAHAYA CECAIR
Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
DCJ1 200 m 11.0 m 40,000
DCJ2 105 m  9.0 m 7,000
DCJ3 405 m 13.0 m 120,000
DCJ4 240 m
13.0 m
95,000


Terminal Pukal Minyak Makan

Dikhaskan untuk mengendalikan kargo bahaya yang terdiri dari bahan kimia, produk petroleum dan LPG. Dilengkapi dengan alat-alat pencegahan kebakaran yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih. Mempunyai tempat simpanan sejumlah 487,000 tan, dilengkapi dengan paip-line terus ketempat simpanan. Produktiviti saluran paip maksimum adalah dalam kadar 1,500 tan sejam.

TERMINAL PUKAL MINYAK MAKAN
Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
OJT1 215 m 11.0 m 32,000
OJT2 215 m 10.0 m 2,660
OJT3 195 m 11.0 m 53,300
OJT4 130 m
10.0 m
2,660

Terminal Pukal Cerai
Mempunyai 3 dermaga, sepanjang 536m mengendalikan kargo am. Kargo yang dikendalikan seperti kargo dalam drum, kargo berpelet, swan timber dan lain-lain. Dibantu oleh mobil shore kren yang berkeupayaan memuat dan memunggah kargo sehingga 300 tan. Terminal Pukal Cerai , Pelabuhan Johor juga telah mendapat kelulusan dari Bursa Logam London (LME ) bagi pengendalian kargo jenis besi bukan logam.

TERMINAL PUKAL CERAI
Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
Lighterage  60 m  6.0 m  5,000
W1 110 m  6.0 m 20,000
W2 183 m 11.0 m 30,000
W3 183 m 11.0 m 30,000
 

Terminal Pukal Kering
Terminal dikhaskan untuk mengendalikan kargo pukal kering seperti bijirin, gandum , simen dan lain-lain. Dilengkapi dengan 3 buah kren, menggunakan sistem conveyor dimana kargo dari kapal disalurkan terus ke tempat simpanan tuan punya kargo. Produktiviti pengendalian dangan kadar 1,000 tan sejam. Selain daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta, masih terdapat ruang yang luas iaitu sebanyak 72,000 tan untuk barangan yang boleh dimakan dan 87,000 tan barangan yang tidak boleh makan.

Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
W4 192 m 13.0 m 60,000
W5 217 m 13.0 m 60,000
W6 214 m 13.0 m 60,000

Terminal Serbaguna
Dikhaskan untuk mengendalikan barangan kargo am dan kargo pukal yang tidak memerlukan sistem conveyer. 5 dermaga sepanjang 1.13 kilometer panjang dan mempunyai kawasan simpanan yang luas, 10,600 meter persegi tempat simpanan tertutup dan 485,623 meter persegi tempat simpanan terbuka.

TERMINAL SERBAGUNA
Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
W7 195 m 13.5 m 60,000
W8 195 m 13.5 m 60,000
W9 195 m 13.5 m 60,000
W10 195 m 13.5 m 60,000
W11 S 230 m 11.0 m 15,000
W11 N 120 m  5.0 m 10,000

JP Logistics Sdn. Bhd 
JP Logistics Sdn. Bhd. ( ‘JPL’ ) merupakan Syarikat milik JPB yang memberikan perkhidmatan effeisien didalam aktiviti logistik intra-port. Selain memberi perkhidmatan logistik kepada pengguna-pengguna Pelabuhan, JPL juga menawarkan pakej logistik yang menyeluruh kepada pelanggan serantau.

Dengan menawarkan perkhidmatan yang efektif dengan kadar bayaran yang kompetetif, disokong dengan sistem pengurusan operasi berkomputer JPL menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan bagi memberikan perkhidmatan sepertimana yang di minta oleh pelanggannya.


 

Kembali